Friday, September 5, 2008

HARI MERDEKA

PENGENALAN

Saya Nasir bin Zulkifli dari Kumpulan 3 bagi kursus yang telah dianjurkan oleh PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNIKASI RAKYAT (PPKR) Kedaikom Kg. Lintang telah menjalankan satu aktiviti luaran iaitu sempena Hari Kemerdekaan pada malam 30hb. Ogos, 2008.

OBJEKTIF
Melaksanakan tugasan yang telah diarah oleh Kedaikom lintang iaitu Projek Komuniti bagi memenuhi Modul yang telah disediakan oleh PPKR.

AKTIVITI
Pada 30hb. Ogos, 2008 bersama-sama dengan peserta yang lain iaitu Ahmad Redzuan, Patmaraja dan Mohd. Azzan Shah telah menjalankan tugas iaitu menyusun kerusi-kerusi di Dewan Orang Ramai Kg. Lintang. Banyak aktiviti yang telah dijalankan semasa acara pada jam 10:30 pagi hingga 4:00 petang iaitu acara pertandingan mengubah telekung, mengubah bunga, melukis dan mewarna bagi kanak-kanak KEMAS dan Tahun 1-6.

Antara agenda yang telah dijalankan pada malam 30hb. Ogos, 2008 (jam 9:00 malam) ialah:

a) Kata alu-aluan dari Pengerusi Majlis iaitu En. Mahadzir bin Abu Bakar (Kump3) selaku
Belia Kumpulan Belia 4B dari Kg. Lintang.

b) Menyanyi lagu Negaraku

c) Bacaan doa dari Tuan Haji Hambali.

d) Kata alu-aluan dari Dato Zulkifli (Naib Pengerusi UMNO Sg. Siput (U), Perak)



e) Penyampaian Sajak sempena Hari Merdeka.


f) Acara nyanyian Nasyid.



g) Acara nyanyian dari adik-adik KEMAS LINTANG.


h) Persembahan lagu berkaraoke dari Puan Jamilah binti Othman sempena Hari Merdeka
dengan lagu Bahtera Merdeka dan Pewira

i) Penyampaian Hadiah
j) Cabutan Bertuah

Pada detik 12:00 tengahmalam, semua orang yang ada didalam dewan tersebut melaungkan MERDEKA sebanyak 5 kali, diikuti dengan bunyian mercun. Semua tetamu dalam didewan menyanyikan 3 buah lagu sempena hari merdeka.

Selepas semua acara selesai, saya dan kawan-kawan yang lain bergotong-royong membersihkan dewan dan mengemas kerusi dewan.



Akhir kata, selamat menyambut Hari Merdeka yang Ke-51


No comments: